Sasaran polis Kelantan untuk mencatatkan sifar kemalangan membabitkan kematian sepanjang Ops Selamat 19 bagi 2023 yang bermula dari 18 hingga 27 Januari depan tidak tercapai.<br /><br />Ini kerana tiga kematian membabitkan 50 kes kemalangan direkodkan dalam tempoh 24 jam sejak Ops Selamat dilancarkan pada 18 Januari lepas.